| Panduan Mengisi Borang Permohonan |Syarat Kemasukan | Keperluan Imigresen | Borang Maklumat Peribadi | Borang Permohonan Pas Pelajar| ADMISSION REQUIREMENTS|Borang Permohonan | Cetak Permohonan |Semak Permohonan
| FAQ | Senarai Penilaian Taraf Kelayakan |
 
FAQ
PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH PERTAMA BUKAN WARGANEGARA
1.
Bilakah permohonan boleh dikemukakan kepada Universiti?
a.
Permohonan akan dibuka pada awal bulan Januari dan ditutup pada penghujung bulan Jun 2013.
2.
Bagaimanakah hendak mendapat maklumat dan borang permohonan?
a.
Saudara boleh melayari laman web UKM di http://www.ukm.my/kemasukan/bwarga dan permohonan hendaklah dibuat secara atas talian.
b.
Permohonan yang dibuat secara dalam talian boleh dicetak selepas borang permohonan tersebut lengkap diisi.
3.
Selain borang dan salinan sijil, apakah perkara lain yang perlu dihantar bersama borang permohonan tersebut?
a.
Salinan pasport yang belum luput tarikh kegunaannya.
b.
Surat pengesahan dari konsul-konsul atau atase pendidikan kedutaan negara masing-masing.
4.
Perlukah setiap salinan sijil/dokumen yang disertakan disahkan?
a.
Ya, salinan sijil/dokumen perlu disahkan.
5.
Siapakah yang boleh membuat pengesahan tersebut?
a.
Pegawai Kedutaan.
b.
Konsul Kedutaan Malaysia.
c.
Pegawai yang berkhidmat dalam skim Pengurusan dan Profesional.
6.
Selepas memohon, bagaimanakah pemohon dapat menyemak status permohonan?
a.
Selepas pemilihan dibuat, penyemakan boleh dibuat melalui semakan di laman web UKM di http://www.ukm.my/kemasukan/bwarga
Semakan boleh dibuat pada bulan Ogos 2013.
7.
Sekiranya permohonan saya berjaya, bagaimanakan dokumen tawaran tersebut boleh saya perolehi?
a.
Pihak UKM akan mengepos secara kurier kepada calon yang berjaya menggunakan alamat pos yang diberi oleh pemohon.
 
b.
Salinan surat tawaran boleh dicetak di laman web UKM di http://www.ukm.my/kemasukan/bwarga di pautan Semakan Status Permohonan.
c.
UKM juga akan menelefon, telegram, faks atau emel keputusan pemilihan.
d.
Surat tawaran dan dokumen akan disimpan dan calon yang berjaya boleh mengambilnya di UKM.
8.
Adakah UKM melantik sebarang agen atau wakil untuk membuat permohonan, mengurus ketibaan dan mendaftarkan sebarang calon yang berjaya?
a.
Tidak, UKM tidak pernah melantik sebarang agen. Pemohon hendaklah menyelesaikan sendiri prosedur permohonan dan pendaftaran diri di UKM.
9.
Seorang pelajar bukan warganegara memerlukan pas pelajar untuk belajar di UKM, siapakah yang akan mengurus permohonan pas pelajar tersebut?
a.
Bahagian Pengurusan Akademik akan menguruskan permohonan mendapatkan pas pelajar dari pihak Imigresen Malaysia.
10.
Bilakah permohonan untuk membuat pas pelajar perlu dikemukakan?
a.
Sebaik sahaja mendaftar di UKM, pelajar diminta datang ke Bahagian Pengurusan Akademik untuk memohon pas pelajar.
     
11.
Apakah dokumen-dokumen yang perlu diserahkan ke Bahagian Pengurusan Akademik untuk membolehkan pelajar mendapat pas pelajar?
a.
Pelajar diminta menyediakan:
i.
Salinan Surat Tawaran (Dua Salinan).
ii.
Salinan Pasport (Dua Salinan).
iii.
Surat Pengesahan telah mendaftar sebagai pelajar dari UKM.
iv.
Gambar ukuran pasport (Dua keping).
V.
Borang Imigresen.
vi.
Bayaran Proses.
       
12.
Saya telah menerima lewat surat tawaran, bagaimana saya dapat mendaftar tanpa nama dikeluarkan dari senarai pendaftaran?
a.
Sila jawab dengan segera dengan menghantar Kad Penerimaan Tawaran.
b.
Hubungi pihak UKM dan memberitahu bila akan dapat datang ke UKM.
13.
Berapa lama tempoh untuk seseorang itu lewat mendaftar?
a.
Bagi kemasukan Semester 1 Sesi 2013-2014, tarikh akhir mendaftar ialah sebelum 14 September 2013.
14.
Adakah kediaman disediakan kepada calon bukan warganegara?
a.
Semua pelajar Tahun Pertama wajib menginap dalam kolej.
15.
Saya telah ditawarkan kursus yang telah dimohon tetapi saya ingin menukar kepada kursus lain. Adakah ini dibenarkan?
a.
Setiap pelajar yang ditawarkan memasuki UKM tidak dibenarkan menukarkan kursus. Pelajar yang ingin menukar kursus dinasihatkan menolak tawaran yang diberi oleh UKM.
16.
Kursus Doktor Perubatan, Doktor Pergigian dan Farmasi tidak dibuka kepada calon bukan warganegara. Kenapa demikian?
a.
Dasar kerajaan, program-program ini hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia sahaja.
17.
Kenapa program prasiswazah (tidak termasuk Kursus Doktor Perubatan, Doktor Pergigian dan Farmasi) diajar dalam Bahasa Melayu walaupun kerajaan Malaysia mahu subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris? Ini termasuk sesetengah matapelajaran dalam Program Pengajian Bahasa Inggeris di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

a.
Mengikut struktur pengajian di UKM, pelajar mesti mengambil hampir 30% kursus taraf Universiti, Ko-Kurikulum dan Wajib Fakulti, subjek-subjek ini diajar dalam Bahasa Melayu. Oleh itu amatlah penting calon yang mahu mengikuti pengajian di UKM memahami Bahasa Melayu.