| Panduan Mengisi Borang Permohonan |Syarat Kemasukan | Keperluan Imigresen | Borang Maklumat Peribadi | Borang Permohonan Pas Pelajar| ADMISSION REQUIREMENTS|Borang Permohonan | Cetak Permohonan |Semak Permohonan
| FAQ | Senarai Penilaian Taraf Kelayakan |

  PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN
 
Pemohon perlu mematuhi syarat-syarat seperti di bawah bagi memastikan permohonan melalui Dalam Talian diproses :

PERMOHONAN AKAN DIBUKA PADA BULAN JANUARI SETIAP TAHUN
1.
Pemohon diwajibkan memohon secara Dalam Talian.
2.
Pemohon dinasihatkan membuat permohonan di komputer yang mempunyai kemudahan mencetak. Ini bertujuan untuk memudahkan pemohon mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN dan kemudiannya menghantar ke UKM.

Jika tiada kemudahan mencetak, cetakan boleh dilakukan kemudian melalui pautan Semakan Permohonan.
3.
Pemohon dikehendaki membaca Syarat-syarat dan kelayakan asas, serta syarat-syarat khas kemasukan sebelum membuat capaian pada BORANG PERMOHONAN.
4.
Pemohon hanya boleh mengisi (2) pilihan program sahaja.
5.
Sekiranya pemohon memilih dua (2) program daripada fakulti berbeza, pemohon perlu mengemukakan dua (2) salinan maklumat permohonan dan salinan dokumen ke UKM.
6.
Pemohon perlu berhati-hati ketika membuat "PERMOHONAN DALAM TALIAN " dan semua maklumat yang dimasukkan adalah tepat, benar dan sah, dan menyemak maklumat permohonan dengan lebih teliti sebelum menekan butang Hantar.
7.
Pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan Dalam Talian SEKALI SAHAJA. Tiada sebarang proses pengemaskinian dibenarkan selepas menekan butang Hantar.
8.
Permohonan telah diterima apabila tertera perkataan "Terima kasih, permohonan anda telah direkodkan. Sila tekan butang CETAK" dan hantar cetakan ini berserta salinan dokumen yang telah disahkan ke alamat berikut :


Timbalan Pengarah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor

9.
Pemohon WAJIB menghantar MAKLUMAT PERMOHONAN yang telah dicetak dan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke UKM.
10.
Pemohon dikehendaki menghantar salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti di berikut: (SALINAN DALAM SAIZ A4)
i. Salinan Kad Pengenalan/Salinan Pasport;
ii. Salinan Sijil setaraf dengan STPM atau A-Level yang telah diluluskan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN)/Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) dan kelulusan yang setaraf ;
iii. Salinan Sijil MUET (jika ada);
iv.
Wang Proses Permohonan dalam bentuk "Bank-Draft" atas nama Bendahari UKM berjumlah RM100 (Ringgit Malaysia)
v. Salinan Sijil Ko-Kurikulum (jika ada);
vi. Salinan Borang Maklumat Peribadi (BTK 100)
vii. Borang Permohonan Pas Pelajar (IM. 14 – Pin 1/97)
11.
Borang Permohonan hendaklah sampai selewat-lewatnya pada 30 Jun 2018 ke alamat berikut:

Timbalan Pengarah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor.

Permohonan yang tidak lengkap/lewat tidak akan dipertimbangkan.

Tuliskan PERMOHONAN BUKAN WARGANEGARA pada bahagian atas penjuru kiri sampul surat anda semasa menghantar permohonan.
12.
PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Atas Talian, sila hubungi:
Tel: 03-8911 8463/ 8465 (En. Zamri / Puan Laily)  
Faks:
03-8911 8471
Mel-e:

akad@ukm.edu.my