Language:
 

TINDAKAN
1. Semua graduan diminta untuk membuat pengesahan kehadiran konvokesyen dan mencetak slip pengesahan dan pengambilan jubah.
2. Mengisi dan melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan 2016 menerusi laman web graduan.mohe.gov.my, boleh mula diisi oleh semua graduan UKM bermula pada 13 Oktober 2016 hingga 1 November 2016. Sila cetak dan bawa bersama slip kajian pengesanan graduan tersebut semasa mengambil jubah.
3.   Muatnaik gambar perlu dilakukan di SMPWEB. Bagi Pelajar Eksekutif (Pusat Kembangan Pendidikan (PKP)), muatnaik gambar perlu dilakukan di SMPE selewat-lewatnya pada atau sebelum 07 Oktober 2016.
4.   Menyemak status hutang masing-masing melalui Portal E-Kewangan https://ekew.ukm.my/efast dan memastikan bayaran dibuat untuk mengelakkan sebarang masalah semasa mengambil jubah dan menghadiri konvokesyen.
5. Bayaran hutang hendaklah dijelaskan sebelum tarikh peminjaman jubah selewat-lewatnya pada atau sebelum 20 Oktober 2016.
6. Klik sini untuk paparan susunan sidang mengikut fakulti/institut, Majlis Konvokesyen ke-44 UKM. Semua graduan diminta hadir mengikut sidang konvokesyen yang ditetapkan. Pertukaran sidang tidak dibenarkan.
7. Surat jemputan Majlis Konvokesyen ke-44 UKM boleh dicetak mulai pada 20 September 2016..
MAKLUMAN
 1. Graduan dinasihatkan memaklumkan kepada keluarga/rakan agar membeli bunga/cenderamata di gerai yang disediakan di ruang tempat letak kereta Panggung Seni. Saudara/i dan orang ramai tidak digalakkan membeli bunga di tepi jalan menuju ke UKM untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan berlakunya kemalangan. Graduan tidak dibenarkan membawa masuk jambangan bunga/cenderamata ke dalam dewan semasa majlis berlangsung.
Pakaian Graduan [Atas]

Graduan yang hadir ke Majlis Konvokesyen diwajibkan mematuhi peraturan berpakaian yang ditetapkan seperti berikut:

Lelaki Perempuan
Pakaian

Berpakaian kemas, baju kebangsaan atau lounge suit serta bertali leher UKM atau pakaian istiadat.

Pakaian

Berpakaian kemas (baju berlengan panjang dan labuh pada paras buku lali tanpa belah) dan tidak menutup muka atau pakaian istiadat.

Jubah dan Topi Graduan:

Mengikut warna fakulti dan diploma yang telah ditetapkan.

Kasut:

Kasut kulit (selipar, capal dan kasut sukan tidak dibenarkan).

Peringatan:

Berseluar jean adalah sama sekali dilarang. Graduan lelaki juga tidak dibenarkan berambut panjang. Graduan yang tidak mematuhi peraturan pakaian ini tidak akan
dibenarkan masuk ke dalam dewan untuk Majlis Konvokesyen.

Caj denda RM50.00 bagi setiap item akan dikenakan kepada graduan yang tidak memenuhi etika pakaian dan kasut.

Pakaian Ibubapa/Tetamu [Atas]

1. Tetamu yang hadir ke Majlis Konvokesyen diwajibkan mematuhi peraturan berpakaian seperti berikut:

Tetamu Lelaki Tetamu Perempuan
Pakaian

Berpakaian kemas, baju kebangsaan atau lounge suit serta bertali leher atau berpakaian kemas dan sopan.

Pakaian

Berpakaian kemas berlengan panjang dan labuh pada paras buku lali tanpa belah serta kemas dan sopan.

Kasut:

Kasut Kulit (selipar, capal dan kasut sukan tidak dibenarkan).


2.

Graduan dan tetamu diminta bekerjasama mematuhi peraturan berpakaian yang telah disebutkan di atas. Kegagalan mematuhi peraturan tersebut akan menyebabkan graduan dan tetamu dilarang dari memasuki dewan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen.

3.

Tetamu digalakkan bersarapan pagi/makan tengahari sebelum acara bermula.

4.

Tetamu digalakkan membawa pakaian yang bersesuaian untuk mengelakkan kesejukan di dalam dewan.
BAYARAN HUTANG TERTUNGGAK KEPADA UNIVERSITI [Atas]

1. Graduan hendaklah memastikan semua hutang tertunggak seperti yuran pengajian dan yuran penginapan dan sebarang denda seperti denda perpustakaan dan saman trafik, dijelaskan sebelum dibenarkan untuk mengambil jubah seterusnya majlis konvokesyen.

2.

Graduan boleh menyemak status hutang di laman web Portal E-Kewangan. Sila hubungi Bahagian Kewangan Pelajar di talian 03-8921 3113/4760/5076 jika terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan keterangan lanjut.

3.

Graduan boleh menyemak status hutang PTSL di http://gemilang.ukm.my/.

4.

Bayaran hutang hendaklah dijelaskan sebelum tarikh peminjaman jubah selewat-lewatnya pada atau sebelum 20 Oktober 2016.

5.

PERHATIAN:
  • Bayaran secara tunai tidak diterima di kaunter Pusat Khidmat Kewangan Jabatan Bendahari.
  • Urusan pemulangan buku dan pembayaran denda perpustakaan boleh dibuat di Perpustakaan Tun Seri Lanang atau perpustakaan cabang yang berhampiran.
  • Sila pastikan no matrik dimasukkan dengan betul semasa membuat transaksi bayaran dan bukti pembayaran perlu disimpan untuk rujukan. Sekiranya bayaran tidak dibuat mengikut kaedah yang dibenarkan, pelajar perlu bertanggungjawab di atas masalah yang timbul.

Kaedah Bayaran Melalui Langkah-langkah
i) Bayaran di Kaunter Bank Islam (Bill Presentment)
- Bayaran boleh di buat di mana-mana kaunter cawangan BIMB
- Isi 'Slip Pembayaran Bil'
- Bayaran kepada UKM
- Nyatakan No. Matrik
- Masukkan amaun bayaran
- Serah slip dan bayaran di kaunter Bank
- Simpan slip bayaran
ii) Mesin 'Auto-Teller' (ATM) (BIMB sahaja) untuk Warganegara sahaja (Ada Akaun BIMB)
- Masukkan kad ATM
- Pilih Ada akaun BIMB
- Masukkan kad ATM
- Pilih Menu 'Lain-lain'
- Pilih 'Pembayaran Bil IPT'
- Pilih no. akaun Bank yang akan ditolak
- Masukkan no. kad pengenalan
- Pilih no. matrik pelajar
- Masukkan amaun bayaran
- Pastikan transaksi berjaya
- Simpan slip bayaran
iii) Cash Deposit Machine (CDM) Mesin ATM BIMB - pelajar tidak perlu ada akaun BIMB
- Pilih lain-lain
- Pilih 'Pembayaran Bil IPT'
- Masukkan no. kad pengenalan
- Pilih No. Matrik pelajar
- Masukkan duit dalam mesin
- Sahkan bayaran
- Pastikan transaksi berjaya
- Simpan slip bayaran
i) CIMBclicks - Pelajar perlu mempunyai akaun dengan CIMB Bank.
- Dapatkan e-pin no dimana-mana mesin ATM CIMB
- 'Sign-Up' di dalam laman web CIMB Clicks
- Untuk membuat bayaran 'Login'
- Pilih 'paybills'
- Pilih 'saving account'/'current account'
- Pilih 'Universiti Kebangsaan Malaysia- Yuran Pelajar'
- Masukkan no. matrik dan no kad pengenalan/paspot(bukan warganegara)
- Masukkan amaun bayaran
- Klik 'proceed to payment'
- Klik TAC dan masukkan no TAC selepas menerima dari pihak Bank
- Pastikan status transaksi adalah 'successful' dan cetak penyata
* Bayaran akan dikemaskini dalam tempoh 2-3 hari bekerja
Kad Debit/Kad Kredit (kecuali kad American Express/BIMB dan CIMB) Bayar di Kaunter Pusat Khidmat Kewangan, Jabatan Bendahari Aras 1 Bangunan Canselori pada waktu bekerja.

PERHATIAN: BAYARAN SECARA TUNAI TIDAK DITERIMA DI KAUNTER PUSAT KHIDMAT KEWANGAN JABATAN BENDAHARI


Pelajar Program Eksekutif/Program Berterusan Jarak Jauh (Pusat Kembangan Pendidikan)

Kaedah Bayaran Melalui Langkah-langkah
i) Bayaran di Kaunter Bank Islam (Bill Presentment)
- Bayaran boleh di buat di mana-mana kaunter cawangan BIMB
- Isi 'Slip Pembayaran Bil'
- Bayaran kepada UKM
- Nyatakan No. Matrik
- Masukkan amaun bayaran
- Serah slip dan bayaran di kaunter Bank
- Simpan slip bayaran
ii) Mesin 'Auto-Teller' (ATM) (BIMB sahaja) untuk Warganegara sahaja (Ada Akaun BIMB)
- Masukkan kad ATM
- Pilih Ada akaun BIMB
- Masukkan kad ATM
- Pilih Menu 'Lain-lain'
- Pilih 'Pembayaran Bil IPT'
- Pilih no. akaun Bank yang akan ditolak
- Masukkan no. kad pengenalan
- Pilih no. matrik pelajar
- Masukkan amaun bayaran
- Pastikan transaksi berjaya
- Simpan slip bayaran
Kad Debit Bayar di Kaunter Pusat Kembangan Pendidikan, Aras 1, Bangunan Wawasan pada waktu bekerja. Pembayaran secara tunai hanya diterima pada hari bekerja sahaja.

Waktu Berurusan
Urusan Pejabat PKP
Isnin-Khamis8.00 pagi - 1.00 petang
2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat8.00 pagi - 12.15 tengahari
2.45 petang - 5.00 petang
Operasi Kaunter PKP
Isnin-Khamis8.15 pagi - 12.45 tengahari
2.15 petang - 4.45 petang
Jumaat8.15 pagi - 12.00 tengahari
3.00 petang - 4.45 petang
Sabtu & Ahad10.00 pagi - 3.00 petang

6.

Graduan Program Eksekutif/Program Berterusan Jarak Jauh (Pusat Kembangan Pendidikan) boleh menyemak status hutang di laman web Portal E-Kewangan https://ekew.ukm.my/efast atau terus menghubungi Unit Kewangan PKP di talian 03-8921 5377/4196/3997/3886/3366.
Kajian Pengesanan Graduan [Atas]

Graduan yang hadir atau tidak hadir pada majlis konvokesyen ini diminta mengisi Kajian Pengesanan Graduan 2016 (KPG) melalui laman web http://graduan.mohe.gov.my pada 13 Oktober 2016 hingga 1 November 2016. Sila cetak dan bawa bersama slip pengesahan kajian tersebut semasa mengambil jubah. Pertanyaan berkaitan KPG boleh diajukan kepada Urusetia KPG 2016 di talian 03-8921 4186 / 4535 / 3173.

Sistem Maklumat Alumni [Atas]

Graduan juga dikehendaki mengemaskini maklumat terkini di dalam Sistem Maklumat Alumni UKM (SMA) di laman web www.ukm.my/alumniukm. Pertanyaan berkaitan SMA boleh diajukan kepada Puan Nor Intan Zanariah Abd Aziz (03-8921 4699).

Pas Masuk Untuk Tetamu [Atas]

Graduan dibenarkan membawa dua (2) orang tetamu sahaja. Pas masuk dan pelekat kereta akan diberikan kepada saudara/i semasa mengambil Jubah Graduan.

Peringatan:
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke Dewan Konvokesyen.
Tetamu yang uzur juga tidak digalakkan masuk ke Dewan Konvokesyen.

Perbarisan Graduan [Atas]

1. Sila hadir ke perbarisan graduan yang dikhaskan di perkarangan DECTAR (Sisi Kanan DECTAR PINTU B iaitu bersebelahan dengan Kolej Tun Hussein Onn).

Sesi pagi-sebelum 7.30 pagi
Sesi petang-sebelum 1.30 petang

2.

Pegawai setiap fakulti akan membantu menyusun perbarisan graduan.
RAPTAI MAJLIS KONVOKESYEN [Atas]

Raptai Majlis Konvokesyen akan diadakan pada 3 November 2016 (Khamis) mulai jam 8.30 pagi di DECTAR. Graduan digalakkan hadir.

Perhatian:
Sila ambil maklum bahawa kaunter pengedaran jubah tidak dibuka pada hari tersebut.

Masa Aturcara
8.30 pagi
Semua graduan dijemput terus masuk ke dewan
8.45 pagi Ketibaan Pegawai Pentadbiran Universiti
9.00 pagi Perarakan besar masuk ke dewan
9.15 pagi Taklimat oleh Pengarah Eksekutif Pentadbiran
9.30 pagi Taklimat tatacara penerimaan ijazah
9.45 pagi Raptai bermula
11.00 pagi Bersurai
URUSAN PINJAMAN JUBAH [Atas]

1. Sila bawa bersama:
  • Slip pengesanan kehadiran konvo dan pengambilan jubah
  • Slip pengesahan kajian pengesanan graduan yang dicetak selepas mengisi borang Pengesanan Graduan
  • Kad Matrik
2. Pengambilan jubah melalui wakil adalah dibenarkan dan graduan diminta memastikan wakil membawa bersama perkara di atas (Seorang wakil hanya boleh mengambil 2 jubah sahaja).

3.

Sila pastikan graduan mendapat jubah yang betul.

4.

Tarikh dan lokasi peminjaman jubah adalah seperti berikut:

PRASISWAZAH

Tarikh Masa Fakulti Tempat
28 Oktober 2016 (Jumaat) 9.00pg - 12.00tgh
  • Sains Kesihatan
Aras 1, Foyer Kiri DECTAR
  • Sains dan Teknologi
Aras 1, Foyer Kanan DECTAR
  • Pengajian Islam
Aras 3, Pintu 1 DECTAR
  • Sains Sosial dan Kemanusiaan
Aras 1, Foyer Kanan DECTAR
  • Pendidikan
  • Pergigian
Aras 3, Pintu 2 DECTAR
3.00ptg - 4.45ptg
  • Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Aras 1, Foyer Kiri DECTAR
  • Sains dan Teknologi
Aras 1, Foyer Kanan DECTAR
  • Perubatan
  • Farmasi
Aras 3, Pintu 1 DECTAR
  • Teknologi dan Sains Maklumat
Aras 1, Foyer Kanan DECTAR
  • Undang-Undang
  • Kejuruteraan dan Alam Bina
Aras 3, Pintu 2 DECTAR
29 - 30 Oktober 2016 (Sabtu & Ahad)
1 November 2016 (Selasa)
9.00pg - 12.45tgh
  • Sains Kesihatan
Aras 1, Foyer Kiri DECTAR
  • Sains dan Teknologi
Aras 1, Foyer Kanan DECTAR
  • Pengajian Islam
Aras 3, Pintu 1 DECTAR
  • Sains Sosial dan Kemanusiaan
Aras 1, Foyer Kanan DECTAR
  • Pendidikan
  • Pergigian
Aras 3, Pintu 2 DECTAR
2.15ptg - 4.45ptg
  • Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Aras 1, Foyer Kiri DECTAR
  • Sains dan Teknologi
Aras 1, Foyer Kanan DECTAR
  • Perubatan
  • Farmasi
Aras 3, Pintu 1 DECTAR
  • Teknologi dan Sains Maklumat
Aras 1, Foyer Kanan DECTAR
  • Undang-Undang
  • Kejuruteraan dan Alam Bina
Aras 3, Pintu 2 DECTAR





PASCASISWAZAH (Sarjana, Doktor Falsafah, Diploma Pasca Siswazah)

Tarikh Masa Fakulti Tempat
28 Oktober 2016
(Jumaat)
9.00pg - 12.00tgh
  • Sains Kesihatan
  • UKM-GSB
  • Pendidikan
  • Farmasi
  • Undang-Undang
  • Sains dan Teknologi
  • Sains Sosial dan Kemanusiaan
Aras 1, Bilik Jubah, Bangunan Tun Fatimah Hashim
3.00ptg - 4.45ptg
  • Pengajian Islam
  • Ekonomi dan Pengurusan
  • Teknologi dan Sains Maklumat
  • Perubatan
  • Pergigian
  • Kejuruteraan dan Alam Bina
  • Semua Institut
29 - 30 Oktober 2016
(Sabtu & Ahad)
1 November 2016
(Selasa)
9.00pg - 12.45tgh
  • Sains Kesihatan
  • UKM-GSB
  • Pendidikan
  • Farmasi
  • Undang-Undang
  • Sains dan Teknologi
  • Sains Sosial dan Kemanusiaan
2.15ptg - 4.45ptg
  • Pengajian Islam
  • Ekonomi dan Pengurusan
  • Teknologi dan Sains Maklumat
  • Perubatan
  • Pergigian
  • Kejuruteraan dan Alam Bina
  • Semua Institut
URUSAN PEMULANGAN JUBAH [Atas]

1. Jubah hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya 15 November 2016.

2.

Mulai 16 November 2016 (Rabu) denda RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam) sehari bagi pemulangan jubah yang lewat.

3.

Jubah dan topi graduan yang dipulangkan mestilah dalam keadaan baik.

4.

Semasa pemulangan jubah, sila bawa:-
  • Jubah Graduan(tidak perlu dicuci)
  • Topi Graduan
5. Tarikh-tarikh pemulangan seperti berikut:

SEMUA GRADUAN

Tarikh Masa Tempat
5 November 2016 (Sabtu)

6 - 8 November 2016 (Ahad - Selasa)

2.30 petang - 5.30 petang

9.30 pagi - 12.30 tengahari
2.30 petang - 5.30 petang
Jubah Graduan Prasiswazah:
Aras 3, DECTAR (ikut pintu sisi Panggung Seni)

Jubah Graduan Siswazah:
Aras 1, Bangunan Tun Fatimah Hashim
9 - 10 November 2016 (Rabu - Khamis)

11 November 2016 (Jumaat)
9.00 pagi - 12.45 tengahari
2.30 petang - 5.00 petang

9.00 pagi - 12.00 tengahari
3.00 petang - 5.00 petang
Jubah Graduan Prasiswazah:
seperti tempat peminjaman jubah

Jubah Graduan Siswazah:
Aras 1,
Bangunan Tun Fatimah Hashim
12 - 13 November 2016 (Sabtu - Ahad)

Tiada urusan pemulangan jubah
14 - 15 November 2016 (Isnin - Selasa)
9.00 pagi - 12.45 tengahari
2.30 petang - 5.00 petang
Jubah Graduan Prasiswazah:
seperti tempat peminjaman jubah

Jubah Graduan Siswazah:
Aras 1,
Bangunan Tun Fatimah Hashim

PENGAMBILAN SKROL IJAZAH DAN TRANSKRIP [Atas]

1. Sebelum hadir mengambil skrol ijazah dan transkrip akademik, sila pastikan:-
  • telah memulangkan jubah graduan
  • telah menjelaskan semua hutang (jika berkenaan)
2. Graduan yang tidak menghadiri konvokesyen hendaklah menjelaskan hutang dengan universiti sebelum mengambil skrol ijazah dan transkrip.

3. Jika skrol memerlukan penghantaran melalui pos, bayaran hendaklah menggunakan Kiriman Wang atau Draf Bank atas nama Bendahari, Universiti Kebangsaan Malaysia dan dihantar kepada

Timbalan Pengarah
Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43600 UKM, Bangi
Selangor Darul Ehsan
* Bagi semua graduan selain graduan dari Graduate School of Business

atau

Dekan
Graduate School of Business
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi
Selangor Darul Ehsan
* Bagi graduan dari Graduate School of Business


4. Pelajar Program Eksekutif/Program Berterusan Jarak Jauh (Pusat Kembangan Pendidikan) - Bayaran dibuat atas nama Pusat Kembangan Pendidikan

Ketua
Jabatan Pengurusan Akademik
Pusat Kembangan Pendidikan (PKP)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43600 UKM, Bangi
Selangor Darul Ehsan

5. Kadar bayaran penghantaran secara pos yang dikenakan

Dalam Negara Luar Negara
RM10.00RM150.00

6.

Pemulangan Jubah/Mengambil Ijazah Melalui Wakil

Sekiranya graduan menghantar wakil untuk memulangkan jubah graduan atau mengambil skrol ijazah, sila klik Borang Surat Kuasa Pengambilan Skrol Ijazah/Diploma atau Memohon Diposkan .