MSKPKP :: Permohonan Kemasukan ke PKP, UKM ::
Versi 3.003
English Version
 
TATACARA PERMOHONAN
 
1. Isi Borang Permohonan dengan lengkap.
2. Muat Naik dokumen sokongan mengikut SENARAI SEMAKAN BUTIRAN di bawah.
3. Buat pengesahan/perakuan permohonan.
4.

Maklumat permohonan boleh dikemaskini selagi pengesahan/perakuan permohonan belum dibuat.

5.

Maklumat permohonan tidak boleh dikemaskini selepas pengesahan/perakuan permohonan dibuat.

6.

Permohonan hendaklah dibuat bermula 01 April 2015 (Rabu) hingga 30 Jun 2015 (Selasa) bagi program eksekutif dan bermula 1 April 2015 (Rabu) hingga 1 Jun 2015 (Isnin) bagi program sepenuh masa FTSM.

7.

Sila buat Semakan Status Permohonan untuk mengetahui status permohonan anda .

8.

Keputusan Permohonan (berjaya/tidak berjaya) boleh diketahui di menu Semakan Status Permohonan selepas tiga (3) minggu daripada tarikh tutup permohonan tertakluk kepada kelulusan fakulti. Pihak PKP akan memaklumkan keputusan permohonan dan semakan status permohonan boleh dibuat melalui laman web PKP.

9.

Yuran pemprosesan tidak akan dikembalikan.

 
 
SENARAI SEMAKAN BUTIRAN
 
Sila pastikan bahawa maklumat berikut disediakan sebelum membuat permohonan.
 
*Semua dokumen hendaklah di sediakan dalam format pdf dengan saiz tidak melebihi 2MB.
*SEMUA DOKUMEN HENDAKLAH DISAHKAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM DI UBAH KE FORMAT PDF.
*Sijil yang tidak berkaitan dengan akademik tidak perlu dimuat naik.
*Gambar hendaklah disediakan dalam format jpeg dengan saiz tidak melebihi 100KB.
 
1. Gambar berukuran pasport terkini.(Klik Sini Untuk Lihat Panduan Gambar).
2.

Resit bayaran pemprosesan sebanyak RM50.00(Warganegara); RM100.00(Bukan Warganegara). Hendaklah dibuat melalui deposit ke akaun Pusat Kembangan Pendidikan (Nombor Akaun 8002233817) di CIMB.

3. Satu salinan Ijazah/Diploma/Sijil berkaitan akademik termasuk SPM beserta transkrip. Sila sertakan Sijil SPM Julai jika berkaitan. Bagi pemohon program Sarjanamuda Pengajian Islam, sediakan juga salinan sijil SMA/SMU/SMRA/STU/STA/STAM (jika ada).
4.

Surat tawaran penajaan/pinjaman kewangan/ biasiswa (bagi calon yang mempunyai penaja rasmi sahaja).

5.

Bagi permohonan program Doktor Falsafah/Doktor Falsafah(Industri) dan Sarjana Pengajian Islam, sila muat naik ‘Borang Penyokong’ & ‘Kertas cadangan Tesis/Projek Penyelidikan’ bersama borang permohonan.
[ KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN Senarai semakan butiran; Borang Penyokong (Tesis) ].

6. Surat pengesahan bekerja yang dikeluarkan oleh majikan/ketua jabatan.
 

 
Program yang ditawarkan
 
PEMBERITAHUAN Tempoh Sah Laku MUET
 
Program Doktor Falsafah (Industri)
  Maklumat Program
  Program yang ditawarkan
 
 
PANDUAN PENGGUNA
Bantuan Pertanyaan Sila Hubungi :
Unit Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan- Tel:0389215642/5609/5329, Emel:marketingpkp@ukm.my

Aduan ICT : http://www.ukm.my/efact
Hak Cipta Terpelihara © 2015 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | Penafian