[Panduan Mengisi Borang Permohonan| Syarat Kemasukan| Carta Alir Permohonan|Borang Permohonan| Cetak Permohonan| Semak Permohonan| FAQ]


A. PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN
 
Pemohon perlu mematuhi syarat-syarat seperti di bawah bagi memastikan permohonan melalui internet diproses :

1.
Pemohon diwajibkan memohon secara atas talian(online) .
2.
Pemohon dinasihatkan membuat permohonan di komputer yang mempunyai kemudahan mencetak. Ini bertujuan untuk memudahkan pemohon mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN dan kemudiannya menghantar ke UKM.

Jika tiada kemudahan mencetak, cetakan boleh dilakukan kemudian melalui menu Cetak Permohonan.
3.
Pemohon dikehendaki membaca Syarat Kemasukan sebelum membuat capaian pada BORANG PERMOHONAN.
4.
Pemohon hanya boleh mengisi (2) pilihan program sahaja.
5.
Sekiranya pemohon memilih dua (2) program daripada fakulti berbeza, pemohon perlu mengemukakan dua (2) salinan maklumat permohonan dan salinan dokumen ke UKM.
6.
Pemohon perlu berhati-hati ketika membuat "PERMOHONAN atas talian (online)" dan semua maklumat yang dimasukkan adalah tepat, benar dan sah, dan menyemak maklumat permohonan dengan lebih teliti sebelum menekan butang Hantar.
7.
Pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan atas talian(online) SEKALI SAHAJA. Tiada sebarang proses pengemaskinian dibenarkan selepas menekan butang Hantar.
8.
Permohonan telah diterima apabila tertera perkataan "Terima kasih, permohonan anda telah direkodkan. Sila tekan butang CETAK" dan hantar cetakan ini berserta salinan dokumen yang telah disahkan ke alamat berikut :


Timbalan Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor
9.
Pemohon WAJIB menghantar MAKLUMAT PERMOHONAN yang telah dicetak dan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan ke UKM.
10.
Pemohon dikehendaki menghantar salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti di berikut: (SALINAN DALAM SAIZ A4)
i. Salinan Kad Pengenalan;
ii. Salinan Sijil Akademik (Sijil SPM, STPM/Diploma/Sijil berkaitan);
iii. Salinan Sijil MUET;
iv. Surat Pengesahan Majikan bagi pemohon yang bekerja/mempunyai pengalaman kerja;
v. Wang Proses Permohonan berjumlah RM20.00 berupa Kiriman Wang/Wang Pos atas nama Bendahari UKM;
vi. Salinan Transkrip penuh akademik (jika ada);
vii. Surat menyatakan pengalaman dalam bidang berkaitan yang dipohon ;
viii. Salinan sijil-sijil berkaitan dengan program yang dipilih (jika ada);
  • 11.
    Borang Permohonan hendaklah sampai selewat-lewatnya pada 28 Februari 2014 ke alamat berikut:

    Timbalan Pendaftar
    Bahagian Pengurusan Akademik
    Jabatan Pendaftar
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    43600 UKM Bangi, Selangor.

    Permohonan yang tidak lengkap/lewat tidak akan dipertimbangkan.

    Tuliskan SALURAN KEDUA pada bahagian atas penjuru kiri sampul surat anda.
    12.
    PERTANYAAN

    Sebarang pertanyaan mengenai permohonan atas talian (online), sila hubungi:

    Tel: 03-8911 8463/8464/8465
    Faks: 03-89118471
    mel-e: norzali@ukm.my /adnanj@ukm.my

    Hakcipta Terpelihara © UKM 2011